Thursday 28 June 2012

My Top Favourite Food


Assalamualaikum dan selamat sejahtera blog walking :)

hari ini saya ingin berkongsi tentang kegemaran makanan saya. hehe.. sesiapa yang baca ini saye harap kite ada persamaan citarasa makanan even salah satu makanan pon da ok :D

                fish and chips adalah makanan paling saya suka tau :D memang pantang nmpk kalau ada kat restoran. hehe

    fetuccine carbonara ta silap saye la, ini pon kegemaran saya kalo setiap kali pegi KLCC makan ini sbb murah tau kat food 
 court dia :)











spagetti makanan kegemaran saya dari kecik sbb mak saye suka masakkan ini dari kecik lg tau. hee
















    nasi ayam pon saya suka tau. hee.. nyam nyam. haha














                                                              last sekali, rendang ayam ni memang kegemaran untuk makan tau masa raya. hee  







ok la setakat hari ini saje yang saya ingin kongsikan, assalamualaikum dan terima kasih kerana baca.
Assalamualaikum

Sunday 24 June 2012

Kisah Jatuh Hati

Assalamualaikum n dan selamat sejahtera blog walking.

hari ini saya ingin ceritakan tajuk ini, haish haish jangan salah anggap saya tengah dilamun jiwang eh. hahaha.
saya shared pon mase tentang zaman silam saye eh, ok2 masa form 3 zaman Myspace tu, ok2 na kate form 2 saya tgok muka dia tadelah smpai jatuh hati, masuk form 3 boleh pulak terjatuh hati walaupun saya hanya pandang dari jarak jauh.. saya punya la jahat smpai cari no fon dia mase form 3 tanpa kebenaran lak tu, amaran jgn tiru bende ini* memang anti la dia tu kat saye tau no fon dia tanpa kebenaran. Pehh pelik gilaa mase tu boleh pulak saye syok kat dia tu. Saye mase tu tau ckit2 info pasal dia, then mase saye dtg laluan budak sekolah kat perimbun, mase tu terkejut n frust ohh bile tau dia da de BF, sekejap je frust tu, esok hari ok la.


Then mase cuti sekolah 2minggu, saye cuba tego2 dia kat myspace, dia reply msg saye then dia minta no fon saye (maybe dia da delete no fon saye)*, saye bg la sekali rupenya jeng jeng jeng BF dia call saye, saye pon berbincang la dengan baik2 nan BF dia n then jd ok. ok2 then, mase time koko tu, saye try tebalkan muke tego dia, even dlm ati malu gile ohh. then dia pon respond sempat la berbual ckit2 sebelum ayah dia amik dia dari sekolah. Mase tu ok lg, next week saye lepak2 la nan dia n kwn2 rapat dia, salah seorg kawan rapat dia adalah kawan saye, kiteorg lepak dari tengahari sampai petang kul 5lebih n kiteorg stay kat skolah. Then mase saye tego dia bile hari lain dia mcm na ta na je ckp. Saye pon tnye kwn rapat dia, dia ckp BF dia ta bg saye berkawan nan dia. ok2 then mase dia tgh single, saye pon dengan beraninya meluahkan perasaan dari hati saye mase tu kat Myspace dia, then dia ckp kepada rakan saye iaitu rakan dia juga, yg dia takkan maafkan selamanya kot. Memang ta boleh nafikan saye seorang yang banyak buat salah dekat dia mase tu n saye de juga cube meminta maaf dekat dia kat FB tp dia ta reply, mase bulan 3 2011, saye datang kembali ke Perimbun untuk amik keputusan lisan BM mase form 4, saye pon menuju ke bilik guru tp sebelum tu saye ternampak dia lari cepat2 sbb nampak kelibat saye. Memang anti gile kan dia tu kat saye. 

ok2 pe yang saye citekan ini dijadikan sebagai pengajaran, saye insan yang tidak sempurna dan tolong jangan tiru bende ini. Bg saye bile cinta seseorang itu tidak dibalas, ta salah pon kalo berkwn biasa. Semua orang akan menghadapi percintaan tp saye tidak bersedia untuk bercinta. Maybe saye mule menerima cinta masa alam pekerjaan apabila dewasa.

Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca :)

Thursday 21 June 2012

menikmati mase skrg

Assalamualaikum kepada blog walking :)

saye ingin berkongsikan ckit hari ini, menikmati mase dengan secukupnya sbb lepas ini kalau da smbung belaja da ta sempat tgok video lagu2, contact2 nan kawan2 sbb nanti da busy susah kat ipt masing2 bukak buku. 
member2 saye yang da smbung belaja kat u pon da jarang contact :( sbb diorg busy study an. Tapi tapelah saye faham diorg kene tumpukan pelajaran demi mase depan :D saye pon ta tau mcm mane keadaan saye kat ipt nanti sbb focus nan study, maybe nanti susah ckit na contact2 mcm dlu. tp tape insyaallah kalo saye tade keje n free dgn masa lapang, saye akan contact member2 saye yang berada di utara or selatan. cehwahhh. haha. skrg ini saye menikmati dgr2 lagu kat youtube n contact2 nan kwn. nanti serius rinduu wohhhh.

kepada rakan-rakanku saye akan kangen sgt sgt sgt lar nanti bila belaja kat ipt nanti.
tu saje utk luahan rindu to all my friends :D

assalamualaikum dan terima kasih sudi membaca. hehe

Thursday 14 June 2012

Keje Dokumen KPM da na siap

Assalamualaikum,

Hari ini saye ingin menceritakan tentang kpm.
alhamdulilah saye dpt bidang yang saye minat tu

DIPLOMA IN ISLAMIC BANKING AND FINANCE
KPM : BANDAR MELAKA, MELAKA

first2 saye agak sedih jugak mase bile check keputusan kpm ni sampai di tulis "maaf permohonan anda tidak layak" alhamdulilah semasa sedih tu dgn keputusan tu, keluarga saye memberi semangat kepada saye, kawan baik saye juga memberikan semangat dan menemankan saye ketika sedih mase tu, semoga Allah balas jasa baik sahabatku ini n saye harap sahabat yang tolong saye itu bace post ini. hehe.


ok2. then lepas dpt tawaran kene print dokumen2 tu. na kte byk tade la byk sgt tp kire ok2 jela.. haha.
ok2 mcm2 kene isi dokumen penjamin, biodata keluarga, gambar saiz passport pon kene tempah, n mcm2 lg lar. haha.. ok2.. na cite mase saye buat medical check up, wahh na kte teruja tadelah tp gemuruh pon de first time kan. mase X-Ray tu lg la mcm gelabah2 ckit smpai org tu pon ckp "adik relax la bkn ade papepun". haha. keputusan medical check up pon da dpt da lega da sbb keje dokumen kpm pon hmpir siap :)
skrg ni tinggal susun dokumen ikut turutan je yg tertulis di kandungan. hehe

selepas ini, saye akan belaja di sana dalam mase 3Tahun di Melaka, saye ingin mengucapkan terima kasih sgt sgt sgt lahh kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa bantu dlm hidup saye. itu saje blog saye telah tulis hari ini n terima kasih kerana sudi bace blog saye ini :D

 kate2 semangat kepada semua orang "NEVER GIVE UP IN OUR LIFE"


assalamualaikum dan Insyaallah semoga hidup kita diberkati Allah :D

Monday 11 June 2012

Perbezaan Maksud Antara Sahabat, Kawan, Rakan Dan Kenalan

 Assalamualaikum, post hari ini saye dpt dari sumber-sumber tertentu.

Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan.

Sahabat
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Rakan
Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.

Kenalan
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.

Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.

lagu ini saye tujukan kepada sahabat saya n selamat bergembira lagu ini familiar sgt dari cite Upin dan Ipin. hehe :D




Setakat ini sahaja post saye hari ini, terima kasih kerana sudi bace blog saye hari ini :) Assalamualaikum